Lada Putih "Rare" Borneo

Hai Bloggers!
Selalunya korang dengar atau lihat lada berwarna merah sahaja kan.Mesti jarang nampak lada warna putih.Jom tengok post kali ini untuk serba sedikit pengetahuan ringkas tentang lada putih ataupun minoriti menggelarnya lada sayur.
Lada sayur @ lada putih, Lada ini kebanyakan ditanam di negeri Sabah dan juga Sarawak, Lada jenis ini sering dijadikan penambah atau penyumbang selera dalam berbagai jenis masakan.Ianya dimasak sekali dan dijadikan sebagai “sapak”[campuran] pada masakan.Selain dari itu, lada putih juga digunakan dalam membuat serunding tuhau dikalangan kaum Kadazandusun Sabah.
SIGN UP now to EARN bitcoin money U$D


Lada putih sudah dapat dipetik
Lada putih ni hasil tanaman keluarga saya.Jadi senang nak dapatkan kapsyen.hehe..






Terbaik dari ladang
Nampak segar je kan.Bolehlah petik dan campur dalam ramuan masakan.Tapi sebelum apa pun kena la cuci dulu, Utamakan kebersihan.

Cara Penanaman

Proses penanaman lada putih ini sama juga seperti lada yang lain, media atau tanah harus digaul bersama baja kompos atau bahan tinja binatang.Perosak utama bagi pokok lada ini ialah ulat buah-buahan dan akar mereput disebabkan oleh bakteria.Pokok lada putih ini juga memerlukan sinaran matahari secara langsung sekurang-kurangnya 5-6 jam atau lebih.

Cara Penjagaan

SIRAMAN AIR
Seperti tanaman lada yang lain, pokok lada putih juga memerlukan penjagaan semasa proses ‘tumbesarannya’.Ia memerlukan siraman air setiap hari.Siraman ini tidak boleh berlebihan kerana akan mengakibatkan kerosakan pokok lada tersebut.Oleh itu, harus disiram secukupnya sahaja.
SEMBURAN RACUN
Sekiranya ada gangguan dari serangga perosak atau ulat buah, bolehlah menggunakan semburan racun ke atas pokok lada.Disarankan menggunakan semburan racun organik kerana ianya lebih bersifat semulajadi.
Bagi yang ingin mencuba penanaman jenis lada putih ini, bolehlah cari biji benihnya.Rasanya di Shopee atau Lazada pun ada dijual.Takkan asyik bak beli saja kan.Nak juga merasa hasil tanaman sendiri.hehehe 😉







This image has an empty alt attribute; its file name is ladaputih1.jpg
Kredit Kapsyen: https://m.facebook.com/cilipaditambunan/
Beliau menjual dan antara pembekal lada putih borneo ni.Boleh berhubung terus dengan beliau untuk urusan pembelian.Terima kasih.
Itulah sedikit penerangan ringkas dan tidak seberapa dari saya.Sekiranya ada kesilapan dan penambahan boleh share di ruang komen di bawah.Boleh lah sama-sama belajar dan menambah ilmu pengetahuan✌️
#Mohon maaf sekiranya banyak kesilapan pada penulisan.🙏🏻Admin masih baru dalam bidang mengarang blog ni.Masih dalam proses pembelajaran.😀

Sekian, Selamat Membaca.

Posted

Lada Putih "Rare" Borneo